nightmare
 Aku dikelilingi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Burung-burung berkicauan memeriahkan suasana dan sang matahari memancar menghangatkan tubuh ini. Aku seolah-olah sudah sampai ke syurga kerana pemandangan yang begitu indah ini tidak pernahku lihat dimana-mana tempat. Tiba-tiba muncul seseorang yang membelakangiku. Dia cuba untuk terjun dari batu terjal yang berada di hadapannya. “Hei,bahayalah!!!” jeritku kepadanya. Lelaki tersebut menoleh ke arah ku sambil tersenyum dia berkata “Mineko…” Spontan itu Mineko terbangun daripada mimpinya. “Huuh..huh..huh..(tercungap-cungap)..apa? apa yang dah berlaku?” Peluh memercik ke wajah Mineko akibat teramat terkejut. Mukanya pucat dan nafasnya naik turun. Mimpi yang sama kembali berulang lagi. Mimpi yang Mineko sendiri tidak pasti akan jawapannya walaupun sudah 9 tahun mengalaminya. “Mineko are you okay?” Alivia memasuki kamar rakannya apabila terdengar jeritan Mineko dari bilik sebelah. “Huh…Alivia..aku..aku ok je..” Mineko cuba berdalih sambil membetulkan duduknya di atas katil. “Really?” Alivia cuba meneka. “Yeah..i’m fine” sebolehnya Mineko tidak mahu rakan baiknya risau tentang mimpi yang entah apa-apa. “It’s been 3 night you had nightmare..are you sure you really okay?” Alivia tetap ingin mengorek rahsia rakannya itu. “I’m fine..really..just a nightmare..nothing serious..” Mineko cuba menenangkan perasaan Alivia. “Okay..i won’t ask again..but if you had trouble..call me okay?” Akhirnya Alivia mengalah. Mineko bukan seorang yang yang mudah untuk dikorek rahsia ataupun mahu berkongsi masalah. Sejak menengah atas sampailah sekarang Mineko lebih senang memendam perasaan. “Okay..it’s 3 a.m. You should go back to sleep. Tomorrow is a busy day for us.” Mineko cuba berlagak ceria padahal diri sendiri pun susah nak lelap kembali. “Okay. Night then.” Sebaik sahaja Alivia hilang di muka pintu, Mineko mengambil baju sejuknya dan berjalan ke balkoni biliknya. Dia memerhati angkasaraya yang tidak pernah rehat dengan cahayanya. Mineko menarik nafas sedalam mungkin, kemudian melepaskannya seperti melepaskan bebanan yang teramat berat. “Wahai cik bulan, bangaimanakah aku ingin tidur jika mimpi yang ganjil selalu menggangguku. Adakah ia satu peringatan ataupun satu pertanda? Ku butuh jawapannya..” Mineko mendongak ke langit untuk mencari jawapan, akan tetapi tiada satu pun dapat membantunya. Hatta malam yang sepi pun berlalu pergi.
 ‘KRIIINGGG!!!!’ jam loceng mula menjalankan tanggungjawabnya. Alivia meraba-raba diatas meja untuk mematikan bunyi yang membingitkan itu. Dia bangkit dari katil kemudian membersihkan tubuhnya di bilik air. “Good morning..” ucap Mineko apabila terlihat kelibat rakannya yang sudah siap dengan baju pejabat di tangga. “Morning” Alivia membalas malas sambil menutup mulutnya yang sedang menguap. Tidurnya betul-betul terganggu semalam. Mineko berasa bersalah melihat reaksi kawannya itu lalu mempelawanya bersarapan “Pancake?” Alivia mengangguk sambil menyelak surat khabar pagi itu. “Sorrylah pasal semalam tu. Aku betul-betul tak sengaja.” Mineko tidak dapat menahan rasa bersalahnya lalu segera meminta maaf daripada Alivia. “Eh, it’s okay. It’s not your fault afterall. Everybody had their own nightmare, don’t they?” Alivia pula terasa bersalah kerana membuatkan Mineko berasa bersalah. “Tapi aku ni sampai buat kau terbangun dari tidur.Tengok sekarang ni,kau lak yang tak cukup tidur.” Wajah Mineko bertukar muram. Rasa bersalah menghimpit ke sanubarinya. Alivia tersenyum kecil melihat perlakuan sahabatnya itu. “ Aku ok je lah. Kalau kau terus monyok macam ni aku pulak yang rasa bersalah tau.” Alivia cuba menenangkan gelora Mineko. “Tapi..” Belum sempat Mineko berkata apa-apa tubuhnya di geletek. “Kalau kau cakap tapi lagi aku geletek kau sampai menangis.” Akhirnya pagi mereka diceriakan dengan gelak ketawa 2 sahabat.
 Selepas membeli sedikit bekal di Kaoru Cake House untuk makanan tengahari, Mineko dan Alivia berjalan pantas ke pejabat masing-masing. “Waaa~ dah lambat sangat ni. Karang tak pasal-pasal kena denda dengan bos besar ni.” Celoteh Mineko. “Ni semua salah kau, tu lah bila dah sampai kat kedai kek satu pilihan pun tak boleh nak buat. Kalau sah lah kena denda ni bagi separuh roti kau kat aku.” Marah Alivia geram dengan perangai Mineko apabila berada di dalam kedai kek. “Yelah yelah..jangan marah lagi ok?” pujuk Mineko. “ Cik Mineko dan Cik Alivia,KORANG BERDUA LAMBAT LAGI!!!” Wajah Tuan Elvis merah mencuka sambil bercekak pinggang di hadapan 2 orang pekerjanya yang sering datang lewat ke pejabat. “Maafkan kami..” Mineko dan Alivia masing-masing tidak berani mengangkat muka. Sebaik sahaja mereka tiba di pejabat pagi tadi, bos mereka sudah pun menunggu di hadapan pintu. Sah-sahlah mereka tidak dapat lari lagi. “ Kamu sepatutnya sudah saya tendang dari syarikat ni. Memandangkan prestasi kamu berdua sangat cemerlang dalam setiap projek jadi saya mematikan niat saya. Kamu berdua mestilah lebih berdisplin dalam kehadiran kamu di sini. Ngerti?” Tuan Elvis memulakan ceramahnya dihadapan mereka sebaik sahaja mereka berdua memasuki ke pejabatnya. Mineko dan Alivia masing-masing sudah lali dengan bebelan bos sendiri. “Faham tuan.” Tuan Elvis mengeluh perlahan, pening melihat kerenah dua orang gadis muda ini. “Baiklah saya akan memotong separuh daripada gaji kamu berdua disebabkan kelewatan kamu. Jika perkara ini berulang lagi saya terpaksa memotong kesemuanya,” kata Tuan Elvis tegas. “Tapi…” Alivia ingin berkata sesuatu akan tetapi dipintas oleh bos mereka. “Tak ada tapi-tapi. Keputusan saya muktamad.” Bagaikan tukul hakim menjatuhkan hukuman ke atas pesalah, Mineko dan Alivia terpaksa menerimanya dengan berat hati. “Tuan tetamu tuan sudah sampai.” Suara Cik Rebecca, setiausaha Tuan Elvis kedengaran di talian. “Suruh dia masuk,” arah Tuan Elvis. Selepas itu kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik. “Sila masuk, Kei” jemput Tuan Elvis kepada tetamu yang diundang. “Kamu berdua cukuplah sampai di sini. Balik ke tempat masing-masing.” Arahan daripada bos diterima tanpa banyak soal oleh mereka berdua. Lantas masing-masing berangkat keluar. Ketika mereka hendak keluar daripada bilik tersebut, mereka berselisih dengan seorang lelaki bersut hitam. Lelaki tersebut hanya menunduk hormat kearah mereka sebelum melangkah ke arah Tuan Elvis. “Oh, itulah tetamu bos. Boleh tahan,” puji Mineko dalam hati.
